my lollipops ! ! =)

Thursday, October 27, 2011

Italian chez Edward

Gua tak pernah lagi sampai Italy..Nak sangat sangat pergi Italy. Tengoklah ada rezeki bulan 12 ke bulan 2 tahun depan , sampai la gua kat Italy nanti. Kalau time tengah masyuk banyak duit, boleh la shopping sakan kat Milan, kalau time tengah kering lepas bayar sewa rumah, bil letrik, bil air, bil tv, bil internet, bil tepon, dapat makan pizza yang betul betul italy kat italy je pon gua dah bersyukur...weeee

Semalam dinner kat restaurant Italy. Konon nak Italian sikit gua pon order la pizza.. First time pergi restaurant nama 'Chez Edward' ni, so tak tahu la apa yang best kan. Gua nampak nama satu pizza ni macam best, 'pizza copra', tengok list bahan bahan yang dia letak macam okay, semua benda boleh makan tapi ada satu benda alah ni, gua tak tahu apakah ia. 'Coppa'...Tak biasa italian kan, confirm la gua tak tahu coppa tu apa. Gua pon tanya la senior gua, coppa tu apa. Dia cakap coppa tu cheese. Okay on, semua benda dalam pizza tu boleh makan, halal semua..yeah yeah.. waiter datang gua dengan yakin nye order, " Pizza copra satu!!!"

Pastu senior gua tu tergerak hati nak tanya waiter tu 'coppa' tu apa. Sekali waiter tu cakap, coppa tu porc, terus gua cancel. Nasib baik tanya, kalau tak nanti gua dapat pizza ada daging daging pink gitu.



Last last, pizza ada telur jugak gua ambik.



Dalam banyak part makan, part nak order dessert gua paling excited, part dessert sampai gua paling bahagia, part makan dessert paling part paling laju gua makan. 

Makan main plate confirm tak habis, tapi kalau dessert, dua tiga boleh gua habiskan.

Kadang kadang gua terpikir nak order dessert je bila pergi restaurant.. Tak pon gua nak order dessert dulu before main plate. Pastu kalau lapar lagi baru order entree. 
Hahahhaa..pesen terbalik habis, takde nilai gastronomy langsung.


Opss, curi ambik gambar dessert orang lain.



Actually, kitaorang rakyat malaysia di Lille ni keluar makan ramai-ramai nak celebrate orang lain, tapi gua pulak terambik honour duk tengah tengah. ..hahahaa..Pesen tak sedar diri..=P




2 comments:

tiefazatie said...

pergh..nasib xorder tau!nasib baik tanya nie..adeh..

tasyachelsi said...

tu la..nasib baik tanya, kalau tak menagis gua