my lollipops ! ! =)

Saturday, October 22, 2011

brader kedai kasut

Lama betul tak meng-update blog. Gua memang jenis yang busy ter-over.. Tapi weekend ni and minggu depan dah tak busy sangat dah..Sekolah dah nak start cuti dah. Tak sabar tak sabar. Untuk meraikan weekend yang bermakna lagi sempurna ni, gua pergi merayau cari kasut. Selalunya gua ada kelas okay, pagi sabtu.

Gua pergi shopping dengan housemate gua. Habis semua kedai kasut kitorang pergi. Rela tak lunch wooo sebab nak cari kasut. Last last sebab dah lapar gile, and still lagi tak jumpe kasut yang cun, kitaorang pon pergi la makan pasta. Dah pukul 4 lebih baru reti nak makan. Pesen tak mengamalkan makan on time. Then lepas makan, sambung balik misi yang belum selesai. Tatkala waktu tu, selangor sedang sibuk cuba memenuhi misi 33 mereka, gua sibuk dengan misi mencari kasut. Tapi bezanya, gua dapat juga memenuhi misi gua, but selangor, misi mereka memang dah takziah.

Sebenarnya, gua bukan nak cite pasal selangor, pasal kasut gua pon bukan, tapi gua nak cerita pasal brader kat kedai kasut. Brader tu memang style friendly tak tentu hala, pesen cakap banyak, pesen excited orang nak beli kasut kat kedai dia. Sedang housemate gua nak try kasut tu, brader tu tanya kitaorang, 

" Kalau gua nak buat lawak sikit boleh? tak jahat kan kalau gua melawak sikit?". Tapi takde la pulak brader tu cakap Melayu macam mamat French yang bakal jadi menantu papa gua tu, yang gua cerita kat entry ni dulu tu. Of course la dia cakap bahasa penghanciss kann. 

Dah orang nak melawak, takkan la nak halang kan." Sila la brader, sila la kalau nak melawak."

Brader tu pon cakap, " Sejuk sangat ke Lille ni? Sebab tu ke korang tutup kepala korang? Kahkahkahkahhh".
Ciss, bangang brader tu melawak pasal tudung kitaorang. Nasib baik mintak izin nak melawak, kalau tak confirm gua bagi tapak kasut sedasss kat pipi dia. Teruk teruk bangang gua pon, gua tak boleh orang gelak gelakkan agama gua.

Lepas tu, time gua duk pilih pilih gel insoles for kasut volleyball gua, brader tu tanya gua, "nak main volleyball bukan selalunye kena tinggi ke?"..Aisshh, nak kata gua pendek la tu. Melawak yang menghina lagi. Kali ni pun nasib baik mintak izin sekali lagi before melawak.

Tapi kan, brader tu cakap dia suka gile Asia. Best sebab panas, cantik katanye. Dia cite kat gua, dia suka makanan Thailand. Boleh makan pedas brader ni rupanya, hebat hebat. Dia cakap dia tak suka makanan french, takde rasa katanye. Pesen tak bangga dengan makanan negara sendiri. Pastu dia cakap dia suke gile makan Som Tam. Woihh, dengar dia suka makan som tam, memang gua kagum. Payah nak jumpe orang perancis yang boleh makan pedas, apatah lagi nak jumpa yang suka lagi gemar dengan som tam yang pedas.. Gua dah lama tak makan som tam ni, memang teringin sangat sangat laaa.. Brader tu baik la jugak, di suruh gua singgah lagi next time kat kedai dia sebab dia nak bagi gua address kedai som tam.. Hahhahaa.. Baik baik lucu la pulak brader tu.


Yes yes, gua dapat makan som tam nanti.

2 comments:

syafiqakarim said...

lama gila lu tak update.
lu mungkin ada jodoh dgn dia.haha

ah,makanan tu nampak sedap.pos lah

tasyachelsi said...

haha..gua busy,,nak makan coki coki pon kadang kadang tak sempat.