my lollipops ! ! =)

Friday, October 28, 2011

rayau rayau toussaint holiday #2

Second day cuti gua pergi shopping hari ni.. Hoyeah hoyeah. Walaupon berjiwa otromen , tapi sebagai seorang perempuan mesti la gua suka shopping..

Kat tempat gua ada factory outlet, lepas tu tempat factory outlet tu ada sale pulak sekarang. Lagi la bernafsu  nak bershopping. Actually tempat tu bukan kat lille, tapi kat bandar sebelah lille. Roubaix nama tempat tu. Naik metro 40 minit dah boleh sampai kot.Tapi takde la banyak sangat brand yang best ada kat situ. Ada guess, desigual, adidas, lancaster, kipling, mustang jeans, Lee copper, lacoste and apa entah lagi. Tapi tak banyak yang best la. Kalau nak cari gucci ke, LV ke jangan harap la kan..hahha..Kalau gua pergi sana pon, tempat yang gua akan terjah adalah guess, lancaster, kipling, adidas and mustang  kadang kadang. Yang lain bukan taste gua.



2 hari cuti gua sentuh buku kejap je. Sejam lebih je study dalam tempoh 48 jam. Memang mood cuti habis laaa. Pesen tak sedar yang diri tu student lagi. Hahahaa..

Esok, gua nak study je, tak nak keluar merayau kemana mana. Lusa gua gerak pergi Amsterdam. Yeah yeah,,tu baru holiday yang betul kan. Holiday setakat duk lepak France je tak rock kan?..
Gua akan spend 3 hari 3 malam kat Amsterdam, then 1 hari 0 malam kat Brussels, Belgium. Harap harap boleh jumpe jodoh la kat Amsterdam..wakakakaka.*pesen gedik, sorry la*

Balik France nanti, the next day tu terus start class. Pastu esok nye the next day, terus masuk dewan exam; Cuak gua cuak. Nak tak nak kena asah pedang jugak la kat Amsterdam kalau tak nak gugur di medan exam nanti. Tak mampu jugak la gua nak enjoy sakan sampai lupa hakikat diri ini masih student..=P



Alhamdulillah, gua masih tak lupa daratan..hahhaa


Thursday, October 27, 2011

rayau rayau toussaint holiday #1

Hari ni is the first day of toussaint holiday. Kalau kawan-kawan gua tanya, "otromen, lu cuti apa sekarang?", gua mesti reply, " Toussaint, orang putih panggil All saint's day kalau gua tak silap.". Pastu kalau diorang tanya lagi, " Cuti apakah itu?". Gua selalu jawab, " Entah, cuti raya diorang pergi melawat kubur rasanya."

Serious ceteknye ilmu gua. Bangang kan? Last year cikgu French gua ada explained pasal ni tapi gua dah lupa. =P

Sempena cuti ni, selaku pencinta dessert seperti yang gua war war dalam entry before ni [here], activity first yang gua buat hari ni ialah pergi mencari cinta gua..


TARRAAA..


a chocolate cake and a fairy cake.



a cafe cake.



a carrot cake.

Tapi sekuat mana pon cinta gua kat cakes, takde la semua tu gua makan sekaligus..Gua order chocolate cake, a fairy cake, and a mug of hot chocolate je. Gila apa nak makan semua tu, letih gua nak kena jogging 14 kilometer pagi esok nak bakar balik kalori kalori yang banyak tu.






But before tea, i went to watch a movie. Ryan Gosling's third movie for this year okay..OMG, seriously i adore him..Ryan Gosling, i adore you!!!Ryan Gosling punye movie this year takde yang gua terlepas. Crazy stupid love, Drive and The Ides of March.

Good job tasya, good job. Habis tu every week wajib pergi cinema, memang la good job kan.

Habis tengok movie yang best but cukup berat di siang hari, gua pergi merayau di sekitar sekejap.





Tempat ni nama dia Grand Place. I don't know why, but i really love this place. Maybe because there are always many people lepak lepak here. Seronok tengok orang ramai ramai ni. Macam macam ragam boleh tengok.



Tapi malam malam tak ramai orang la pulak..Tapi gua still suke tempat ni. Tempat feveret gua.
Tempat feveret tempat feveret.



Buat bodoh kat Grand Place dengan owl gua, memang satu aktiviti mengisi masa cuti yang sangat berfaedah.

Tapi ada satu lagi benda berfaedah gua buat hari ni..Gua beli benda alah ini...

Buku masakan for beginners.
Gua rasa gua dah dewasa sekarang dan gua perlu start serius dalam hal hal masak memasak ni. Tak lama lagi terer la gua masak. Sweet kan gua, bakal terer masak??Sweet kan sweet kan??






Italian chez Edward

Gua tak pernah lagi sampai Italy..Nak sangat sangat pergi Italy. Tengoklah ada rezeki bulan 12 ke bulan 2 tahun depan , sampai la gua kat Italy nanti. Kalau time tengah masyuk banyak duit, boleh la shopping sakan kat Milan, kalau time tengah kering lepas bayar sewa rumah, bil letrik, bil air, bil tv, bil internet, bil tepon, dapat makan pizza yang betul betul italy kat italy je pon gua dah bersyukur...weeee

Semalam dinner kat restaurant Italy. Konon nak Italian sikit gua pon order la pizza.. First time pergi restaurant nama 'Chez Edward' ni, so tak tahu la apa yang best kan. Gua nampak nama satu pizza ni macam best, 'pizza copra', tengok list bahan bahan yang dia letak macam okay, semua benda boleh makan tapi ada satu benda alah ni, gua tak tahu apakah ia. 'Coppa'...Tak biasa italian kan, confirm la gua tak tahu coppa tu apa. Gua pon tanya la senior gua, coppa tu apa. Dia cakap coppa tu cheese. Okay on, semua benda dalam pizza tu boleh makan, halal semua..yeah yeah.. waiter datang gua dengan yakin nye order, " Pizza copra satu!!!"

Pastu senior gua tu tergerak hati nak tanya waiter tu 'coppa' tu apa. Sekali waiter tu cakap, coppa tu porc, terus gua cancel. Nasib baik tanya, kalau tak nanti gua dapat pizza ada daging daging pink gitu.



Last last, pizza ada telur jugak gua ambik.



Dalam banyak part makan, part nak order dessert gua paling excited, part dessert sampai gua paling bahagia, part makan dessert paling part paling laju gua makan. 

Makan main plate confirm tak habis, tapi kalau dessert, dua tiga boleh gua habiskan.

Kadang kadang gua terpikir nak order dessert je bila pergi restaurant.. Tak pon gua nak order dessert dulu before main plate. Pastu kalau lapar lagi baru order entree. 
Hahahhaa..pesen terbalik habis, takde nilai gastronomy langsung.


Opss, curi ambik gambar dessert orang lain.



Actually, kitaorang rakyat malaysia di Lille ni keluar makan ramai-ramai nak celebrate orang lain, tapi gua pulak terambik honour duk tengah tengah. ..hahahaa..Pesen tak sedar diri..=P




Saturday, October 22, 2011

brader kedai kasut

Lama betul tak meng-update blog. Gua memang jenis yang busy ter-over.. Tapi weekend ni and minggu depan dah tak busy sangat dah..Sekolah dah nak start cuti dah. Tak sabar tak sabar. Untuk meraikan weekend yang bermakna lagi sempurna ni, gua pergi merayau cari kasut. Selalunya gua ada kelas okay, pagi sabtu.

Gua pergi shopping dengan housemate gua. Habis semua kedai kasut kitorang pergi. Rela tak lunch wooo sebab nak cari kasut. Last last sebab dah lapar gile, and still lagi tak jumpe kasut yang cun, kitaorang pon pergi la makan pasta. Dah pukul 4 lebih baru reti nak makan. Pesen tak mengamalkan makan on time. Then lepas makan, sambung balik misi yang belum selesai. Tatkala waktu tu, selangor sedang sibuk cuba memenuhi misi 33 mereka, gua sibuk dengan misi mencari kasut. Tapi bezanya, gua dapat juga memenuhi misi gua, but selangor, misi mereka memang dah takziah.

Sebenarnya, gua bukan nak cite pasal selangor, pasal kasut gua pon bukan, tapi gua nak cerita pasal brader kat kedai kasut. Brader tu memang style friendly tak tentu hala, pesen cakap banyak, pesen excited orang nak beli kasut kat kedai dia. Sedang housemate gua nak try kasut tu, brader tu tanya kitaorang, 

" Kalau gua nak buat lawak sikit boleh? tak jahat kan kalau gua melawak sikit?". Tapi takde la pulak brader tu cakap Melayu macam mamat French yang bakal jadi menantu papa gua tu, yang gua cerita kat entry ni dulu tu. Of course la dia cakap bahasa penghanciss kann. 

Dah orang nak melawak, takkan la nak halang kan." Sila la brader, sila la kalau nak melawak."

Brader tu pon cakap, " Sejuk sangat ke Lille ni? Sebab tu ke korang tutup kepala korang? Kahkahkahkahhh".
Ciss, bangang brader tu melawak pasal tudung kitaorang. Nasib baik mintak izin nak melawak, kalau tak confirm gua bagi tapak kasut sedasss kat pipi dia. Teruk teruk bangang gua pon, gua tak boleh orang gelak gelakkan agama gua.

Lepas tu, time gua duk pilih pilih gel insoles for kasut volleyball gua, brader tu tanya gua, "nak main volleyball bukan selalunye kena tinggi ke?"..Aisshh, nak kata gua pendek la tu. Melawak yang menghina lagi. Kali ni pun nasib baik mintak izin sekali lagi before melawak.

Tapi kan, brader tu cakap dia suka gile Asia. Best sebab panas, cantik katanye. Dia cite kat gua, dia suka makanan Thailand. Boleh makan pedas brader ni rupanya, hebat hebat. Dia cakap dia tak suka makanan french, takde rasa katanye. Pesen tak bangga dengan makanan negara sendiri. Pastu dia cakap dia suke gile makan Som Tam. Woihh, dengar dia suka makan som tam, memang gua kagum. Payah nak jumpe orang perancis yang boleh makan pedas, apatah lagi nak jumpa yang suka lagi gemar dengan som tam yang pedas.. Gua dah lama tak makan som tam ni, memang teringin sangat sangat laaa.. Brader tu baik la jugak, di suruh gua singgah lagi next time kat kedai dia sebab dia nak bagi gua address kedai som tam.. Hahhahaa.. Baik baik lucu la pulak brader tu.


Yes yes, gua dapat makan som tam nanti.