my lollipops ! ! =)

Friday, September 16, 2011

otromen : mangsa rompakan kanak kanak tak bertauliah

Hari ni memang gua panas. Panas dek perangai budak budak kurang ajar yang malas nak g sekolah ni. Dah tahu tak berapa nak pandai, tapi tak nak pergi sekolah belajar..

Okay, biar gua cerita what actually happenned.

Macam ni, kelas gua hari ni habis setengah jam awal dari biasa. That's mean, masa lunch gua 2 jam hari ni. Gua ni bukan jenis yang suka makan sangat, so gua niat nak pergi shopping jacket la sehelai. Dari sekolah gua nak pergi shopping complex dekat je. Naik metro, selang 2 stations je. Gua dengan nawaitu yang baik berserta ke-excited-an nak shopping ni pon pergi la kat machine beli tiket.

Kat machine tu ada 3 orang budak tak pergi sekolah duk mintak mintak duit dengan orang yang beli tiket kat machine tu. Bile turn gua beli tiket, memang diorang mintak duit kat gua. But gua ada duit kecik 4 euros je and amount tu memang cukup cukup la nak beli tiket metro.

Gua bagitahu diorang gua dah takde duit. Gua dah tekan tekan tiket mana gua nak beli, then gua pon masuk kan lah duit gua 4 euros tu. Budak laki yang berdiri sebelah kanan gua punya la bagus pergi tekan button cancel kat machine tu. Then, sebab dia tekan cancel, machine tu bagi balik duit gua. Tapi gua tak perasan time tu dia tekan cancel, but gua dengar bunyi duit coin gua jatuh, lepas tu baru gua sedar dia tekan cancel.

Gua pon nak ambik la duit gua balik but budak laki tu tarik tangan gua suruh tekan button nak beli tiket lain sebab yang tadi cancel. But time budak laki tu try nak alih perhatian gua, gua nampak budak pompuan geng dia jugak ambik duit gua yang machine tu keluarkam balik. Baik betul perangai curi depan depan gitu. Aishhhh...

Dah gua nampak dia ambik duit gua, gua mintak balik la duit gua. Dia cakap dia tak ambik, dia suruh gua check kat tempat machine tu bagi duit..okay fine, ada la duit satu euro kat situ, but 3 euros lagi duit gua mana woiiii..

Gua tahu budak pompuan tu sorok, gua mintak dia bagi balik, dia suruh gua check dalam pocket seluar dia. Gua check poket kanan takde, pastu dia suruh gua check poket kiri dia pulak. Memang dia tak sorok duit tu dalam poket la.

Budak laki tu pon tanya gua, nak check lagi ke? Dia suruh gua check dalam spender dia pulak..bengongg betul. Gua pon blah la pastu. Gua naik metro secara haram la hari ni sebab gua dah takde duit kecik nak beli tiket. Ntah ntah kalo gua keluarkan duit lagi, kena kebas lagi ngan budak bertiga tu..

Memang la tak banyak budak budak tu curi, tiga euros je kot, nak beli kebab pon tak cukup tiga euros tu. Tapi masalahnye diorang still mencuri. And gua memang benci la orang suka mencuri ni. Sape wei suka pencuri? Memang takde la.

Itu la kisah yang buat gua hangin tengah hati tadi. Nasib baik lepas lunch ada satu class je. Tu pon nasib baik class english cikgu hensem...wakakaka

Tapi lepas shopping dan perabihkan duit lagi, gua rasa lega balik dah. Puas hati la dapat beli apa yang gua nak. Tapi time naik metro pergi sekolah balik, budak budak tu still ada kat station metro sekolah gua tu. Tengok muka diorang, panas balik hati gua. Sebab tu gua melepas perasaan kat sini ni..

5 comments:

belogkiter said...

opss... sabar ye

ArulchelseA said...

rilek..

wasabi.senpai said...

france ehh?woww! amazed lahh kak =]

tiefazatie said...

sabo je la..gle btol kanak2 itu

gereja said...

that's mean?

nice!