my lollipops ! ! =)

Friday, September 16, 2011

otromen : mangsa rompakan kanak kanak tak bertauliah

Hari ni memang gua panas. Panas dek perangai budak budak kurang ajar yang malas nak g sekolah ni. Dah tahu tak berapa nak pandai, tapi tak nak pergi sekolah belajar..

Okay, biar gua cerita what actually happenned.

Macam ni, kelas gua hari ni habis setengah jam awal dari biasa. That's mean, masa lunch gua 2 jam hari ni. Gua ni bukan jenis yang suka makan sangat, so gua niat nak pergi shopping jacket la sehelai. Dari sekolah gua nak pergi shopping complex dekat je. Naik metro, selang 2 stations je. Gua dengan nawaitu yang baik berserta ke-excited-an nak shopping ni pon pergi la kat machine beli tiket.

Kat machine tu ada 3 orang budak tak pergi sekolah duk mintak mintak duit dengan orang yang beli tiket kat machine tu. Bile turn gua beli tiket, memang diorang mintak duit kat gua. But gua ada duit kecik 4 euros je and amount tu memang cukup cukup la nak beli tiket metro.

Gua bagitahu diorang gua dah takde duit. Gua dah tekan tekan tiket mana gua nak beli, then gua pon masuk kan lah duit gua 4 euros tu. Budak laki yang berdiri sebelah kanan gua punya la bagus pergi tekan button cancel kat machine tu. Then, sebab dia tekan cancel, machine tu bagi balik duit gua. Tapi gua tak perasan time tu dia tekan cancel, but gua dengar bunyi duit coin gua jatuh, lepas tu baru gua sedar dia tekan cancel.

Gua pon nak ambik la duit gua balik but budak laki tu tarik tangan gua suruh tekan button nak beli tiket lain sebab yang tadi cancel. But time budak laki tu try nak alih perhatian gua, gua nampak budak pompuan geng dia jugak ambik duit gua yang machine tu keluarkam balik. Baik betul perangai curi depan depan gitu. Aishhhh...

Dah gua nampak dia ambik duit gua, gua mintak balik la duit gua. Dia cakap dia tak ambik, dia suruh gua check kat tempat machine tu bagi duit..okay fine, ada la duit satu euro kat situ, but 3 euros lagi duit gua mana woiiii..

Gua tahu budak pompuan tu sorok, gua mintak dia bagi balik, dia suruh gua check dalam pocket seluar dia. Gua check poket kanan takde, pastu dia suruh gua check poket kiri dia pulak. Memang dia tak sorok duit tu dalam poket la.

Budak laki tu pon tanya gua, nak check lagi ke? Dia suruh gua check dalam spender dia pulak..bengongg betul. Gua pon blah la pastu. Gua naik metro secara haram la hari ni sebab gua dah takde duit kecik nak beli tiket. Ntah ntah kalo gua keluarkan duit lagi, kena kebas lagi ngan budak bertiga tu..

Memang la tak banyak budak budak tu curi, tiga euros je kot, nak beli kebab pon tak cukup tiga euros tu. Tapi masalahnye diorang still mencuri. And gua memang benci la orang suka mencuri ni. Sape wei suka pencuri? Memang takde la.

Itu la kisah yang buat gua hangin tengah hati tadi. Nasib baik lepas lunch ada satu class je. Tu pon nasib baik class english cikgu hensem...wakakaka

Tapi lepas shopping dan perabihkan duit lagi, gua rasa lega balik dah. Puas hati la dapat beli apa yang gua nak. Tapi time naik metro pergi sekolah balik, budak budak tu still ada kat station metro sekolah gua tu. Tengok muka diorang, panas balik hati gua. Sebab tu gua melepas perasaan kat sini ni..

Thursday, September 15, 2011

penghuni baru

Assalamualikum and hye all..=)

Wanna see my new buddies??..ahhaa

*
*
*
*
*
*
*
*


TARAAAAAA!!


I went to a market  near my apartment last sunday and i found these two cactus..
comel kan cactus ni? comel comel..ahhahaa
Because they are comel, so i gave a name to each of them..wakakaa



This one looks like Mickey Mouse ears right?..Its name is Kimberly.


And this one is so bulat and pendek. Its name is Gabriella.




And my housemate have two cute little hamsters. One male and one female. But until today we dont know which one is male and which one is female.

We call the female one, Mimi and Adriel for the man.
I'm the one who gave the name to the male hamster.
My housemate wanted a Malay name, that's why i choosed Adriel. If not, i would name it as Romeo.haha

But, i dont think the hamsters understand Malay. They are French hamsters, so, they speak french..hahhaaaa


Tension gua main main dengan diaorang, tegur tegur diorang but diorang tak layan gua pon.=(
Sah diorang tak paham bahasa malaysia.



Saturday, September 3, 2011

he speaks well

Yeayyy..Dah jumpa plug adapter so, boleh story story kat sini banyak banyak..hahaa

Okay, let's start now.

I took Air Asia flight from KL to Paris on 2nd of September. Sat next to me is a French guy. Time dia datang, gua  memang dah ada kat seat gua. 

Dia duduk and tegur gua.
          "Madame! " [ "madam! "]

Gua senyum je, tak cakap pape pon. Tak tahu nak cakap apa. Lagipon gua tengah sedih nak tinggalkan Malaysia tercinta.

Lepas duduk duduk selesakan diri semua, brader tu tanya gua,
" Why are you going to France?"

Dah dia tanya, gua jawab la,
" I study in France"

Brader tu meneruskan lagi perbualan,
" Belajar apa di Perancis? "

Dengar dia cakap Melayu terkejut gua.
" Wowww, you can speak malay? "

" Tidak, saya bisa cakap sikit sikit saja bahasa Indonesia kerana saya ada internship di Bali selama 3 bulan. "

" But you are French right? ", poyo je gua speaking ngan dia. Brader tu cakap melayu patutnye melayu jugak la gua. Bangang jugak gua ni kadang-kadang.

" Yes, i'm French. ", he replied and gua memang excited la sebab ada mamat hensem French pandai cakap bahasa gua. Boleh buat balik kampung jadi menantu papa gua ni. Hahaha.

" Tapi betul saya tanya kamu belajar apa di Perancis?" , tensyen brader tu gua tak jawab soalan dia tadi.

" Saya belajar engineering.". Gua nak jawab kejuruteraan, gua takut brader tu tak paham pulak vocab tu. hahaa

" Ooo..engineering apa? "

" Electrical engineering "

" Saya pun belajar engineering juga" .

" Oh really? ".

" Ya. Bisa cakap bahasa perancis? "

" Bien sur [of course] ". Hahaha.. Gua nak tunjuk kerek sikit reply dia in French..Hahaha

"Bagus bagus !! "

" Kamu belajar dimana? ". Seksa jugak gua cakap melayu dengan brader tu sebab kena guna baku. Kalau tak guna baku confirm brader tu tak paham sebab melayu pasar jauh sikit beza bunyinya dengan indon. Kan kan kan????

" Di Nantes "

" Ooo..kamu belajar di mana?? Maksud saya..." Tak habis lagi gua cakap brader tu dah potong ayat gua dah.

" Saya belajar di Nantes. Di barat, hampir dengan laut ".

" Bukan. Maksud saya, kamu belajar di universiti mana atau di grand ecole?. C'est parce que moi, j'aimerais bien étudier à Polytech de Nantes "..Payah la nak cakap baku baku melayu yang sama vocab dengan indon  nih. Baik gua guna french terus.

" Ooo.. Universiti saya tidak jauh saja dengan grand école. Di sebelah lebih kurang 300 meter saja"

" Belajar cakap indonesia dengan siapa?"

" Belajar dengan orang tepi jalan ".

" Hah?? Belajar dengan orang tepi jalan?? Tiga bulan saja sudah boleh cakap macam ni? Kamu bagus!! ". Brader ni memang tegar la belajar gua rasa.

" Tidak. Saya suka di Bali. Orang baik-baik semua. Saya suka tinggal disana. Saya tidak mahu pulang tapi harus juga pulang ke France."

"Ya, harus pulang habis internship. Kamu belajar engineering apa? "

" Renewable energy, terakhir tahun. Di Bali, saya ada buat mesin yang guna air ". Terakhir tahun tu tahun terakhir la tu. Pandai-pandai la paham sendiri.

"Ooo.. Kamu seronok internship disana?"

" Apa?? Seronak??"

"Seronok.". Hahaha..gua dah salah guna vocab dah..Hahaa.. Orang indon tak guna ke perkataan seronok ni?

" Seronok? Apa itu seronok? "

" Emm, seronok is errr is happy. Are you happy working in Bali? ". Time tu gua tak terpikir pulak seronok tu sama ngan gembira. Kalau tak senang sikit brader tu nak paham. Ngeng je gua ni.

" Ohh..Happy. Seperti senang ya? Ya, sangat senang di sana."

" Bagus la begitu. Nanti bisa datang lagi ke Bali ". Gua pergi promote Bali pulak. Patutnye gua promote Malaysia. Suruh dia jalan-jalan KL ke, pergi Kelantan visit kampung gua ke..haha. Gua dah cakap gua ni ngeng kadang-kadang.

Banyak gak r lagi borak borak dengan dia before dia tido, before gua lelap. Kebetulan pulak dalam air asia punye travel 3sixty ada banyak gambar-gambar pasal Bali. Lagi la syok  dia cerita tempat tu dia pernah pergi, yang dekat dengan rumah dia, tempat ni pulak ada kawan dia tinggal kat situ. Macam-macam. Kitaorang borak-borak in Malay okay. Ada la kadang-kadang in French tapi sikit je. Kiranye brader tu power gak la bahasa Indon dia.

Ada sekali tu, brader tu cakap macam ni kat gua, " Lucu sekali kerana saya boleh berbicara sama orang Malaysia kerana bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia hampir sama. Sangat hampir sama saja bahasanya. Di Perancis tidak ramai orang Indonesia tapi ada ramai orang Malaysia."

Ni first time gua jumpa French yang boleh cakap Melayu or Indon ni. Gua memang excited la. Excited la ada orang luar boleh cakap bahasa hampir sama macam kita. Hahhaa..Kalau gua jumpe yang memang betul betul speak malay well, gua rasa mesti gua seronok sampai tak reti nak stop cakap. Tapi gua memang kagum dengan brader yang gua jumpa tu sebab dia belajar dengan orang-orang tepi jalan je. 3 bulan je pulak tu. Kalau setahun duduk reti cakap, normal la jugak.

 Gua plan gua nak bukak kelas bahasa Melayu la untuk budak-budak tadika kat sini nanti..haha



Hello Lille

Assalamualaikum.. I'm currently in Lille, France..OMG!!rasa macam tak percaya i boleh sampai balik kat France. Rezeki ada kat sini la kot Tuhan hantar datang sini ni.. Seronok tak balik France??seronok tak seronok tak???? -tak seronok langsung!!!duk malaysia tanah tumpahnya darahku lagi la seronokkk Tapi nasib baik Lille ni best. Best la kot dari Tours and Colmar. 5 September ni dah nak kena pergi sekolah....tak suka tak suka. Barang-barang ada kat rumah kawan. Tak bawa pindah rumah sendiri lagi. Ish, banyak hal lagi nak kena settlekan. Benda yang paling menensyenkan is i tak boleh bukak lap top sebab bateri takde. Plug adapter boleh pulak tertinggal kat malaysia. Bangang betul!!!! Okay, nak keluar beli adapter dulu..harap-harap kat carrefour nanti senang la jumpe benda alah tu. Jumpe adapter nanti nak up story lain pulak..hahhaha