my lollipops ! ! =)

Thursday, July 7, 2011

salam

OMG, dah sebulan gua tak update blog..giler punye busy..ahhaaha
Today, 7 July, last class gua kat IUT de Colmar. Class math dengan cikgu hensem..ahaa..belajar 2 jam, lepas tu dia ajak main bola. Apa lagi, kawan-kawan gua ON je nak main bola. Time main ni la, boleh praktikkan math probability yang kitorang belajar..ahaha..Tapi entry ni, gua bukan nak cerita pasal cikgu gua, bukan pasal kawan gua, bukan pasal math, dan bukan juga pasal bola. Tapi gua nak tulis pasal SALAM.


Tadi gua pergi pejabat pos, time tunggu bas nak balik , ada la 2 orang laki and 1 perempuan datang kat bus stop tu. Laki tu, nak kata mabuk, takde la mabuk sangat. Half mabuk la lebih kurang nak senang cerita. Botol arak dia masih lagi separuh berisi. Sorang laki tu, nampak gua tengah usha jadual bus, dia pon bagi salam kat gua, 'Assalamualaikum'. Memang sah la dia bagi salam kat gua sebab kami berempat je ada kat situ, gua sorang je muslim. Brader tu tengok gua, siap angkat tangan lagi. So, memang sah salam itu ditujukan kepada gua.
Tapi tak tahu la pulak kalau kot kot brader tu cakap 'assamualaikum' which means may death be upon you ,tapi gua dengar 'assalamualaikum'peace be upon you. Tapi gua rasa dia cakap assalamualaikum.hehee

Selepas memberikan seukir senyuman dan menjawab salam brader tu, gua terpikir, mamat French ni, mabuk-mabuk pon reti bagi salam kat gua.Nak nak pulak dia bukan muslim pon. Gua yang sentiasa waras ni, yang tak pernah pon mabuk, tak selalu pon bagi salam kat orang Islam yang gua jumpa. Kat kawan-kawan gua pon bukan selalu gua bagi salam. So, terinsaf la gua sebentar tadi. Bukan susah sangat pun nak bagi salam kan?

Gua pasang niat and azam baru sekarang. Gua nak selalu bagi salam dah lepas ni.

Okay, ASSALAMUALAIKUM..Gua nak sambung settlekan hal pindah-randah gua..=)



1 comment:

tiefazatie said...

assalamualaikum dear..

dasat guna brader tue kan..hihi..manners itu kuat kot..hihi

btw..dear..kalu sudi tlg komen n3 ifa..

http://tiefazatie.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

tq tau!