my lollipops ! ! =)

Sunday, July 10, 2011

Lille ---> Colmar

Assalamualaikum,

Friday, 8th July, 0613, gua amik train nak g Lille. Nak g visit apartment yang bakal gua sewa. Nak g discuss la apa yang patut dengan tuan rumah. Gua sampai sampai Lille, turun train, gua dah terbau dah ke-enjoy-an n ke-best-an life kat Lille ni. Memang straight fall in love with Lille la. Tapi cite sal Lille, lain masa gua tulis. Entry ni gua nak cite sal perjalanan balik gua from Lille to Colmar.

From Lille to Strasbourg, i didnt took train. I used a service called Covoiturage. Cheaper than train, only 36€. From Strasbourg to Colmar, gua naik train.Gua mesej kakak covoiturage tu tengah malam buta. Dah pukul 12 lebih kot time tu. Tapi dia reply mesej gua and she asked me to meet her depan bowling, kat Boulevard Victor Hugo at 12pm. Gua okay je walaupon gua tak tahu pun bowling Boulevard Victor Hugo tu kat mana. Google Maps kan ada. Hehehe.

Gua bangun pagi tu, mandi, breakfast, took bus to the metro station, took the metro ligne 1 sampai Gare Lille Flandres station, lepas tu tukar metro ligne 2 menuju je Porte de Douai station. Dua station before sampai Porte de Douai, gua dapat satu mesej. ''Desolée. Le voyage est annulé'', from kakak covoiturage. Gua pon apa lagi. WTF la makcik ni cancel time camni. Gua dah nak sampai ni. Gua bukan main bajet gerak awal sebab gua tak kenal tempat bowling tu. Tengok-tengok dia suka-suka hati je cancel. Time tu pukul 1125am.
Dengan ketensyenan nye, gua tukar metro ligne 1 balik kat Porte de Poste station. Gua time tu memang tak tahu nak g mane. Nak pergi railway station ke nak balik rumah senior gua yang tumpangkan gua tidur. Memang takde tujuan. Otw tu, pikir punye pikir, gua rasa baik gua pergi railway station je. So gua stop kat Gare Lille Flandres. Pastu baru gua terperasan yang gua patut pergi railway station yang satu lagi, Gare Lille Europe. Aisshh, naik metro balik, pergi Gare Lille Europe.

Gua dengan kemarahan yang tak habis lagi ni, naik escalator nak cari ticket counter, terperasan pulak ada voice message from kakak covoiturage. Cuba korang teka apa dia bagitahu gua?..Dia cakap, sorry, dia silap hantar mesej tadi.. Sekali lagi gua pon, WTF. Gua dah letih ulang alik ulang alik ni. Gua mesej dia tanya betul betul. Gua memang dah confuse tahap cipan la ni. Dia called gua n cakap jadi pergi Strasbourg, jumpa kat Bowling, pukul 1230pm. Shit, dah pukul 1150 kot time tu. Gua bukan tahu bowling tu kat mane, mesti lama nak cari. Apa lagi, berlari-lari la gua naik metro pergi Porte de Douai balik. Kalau ikut google maps, gua perlu pergi straight je, sampai satu masa nanti, gua akan jumpe Bowling tu, 900 m dari metro Porte de Douai, 18 minit jalan kaki. Tapi gua rasa tak sedap hati je. Gua pergi tengok plan kat traffic light. Kalo ikut plan tu, lagi simple and senang kalau gua lalu jalan Porte de Douai. Straight jugak. Google maps gua tak berfunction pulak time tu, 3G takde. Memang macam shit gile. Gua berlagak cool, jalan terus je mencari jalan name Porte de Douai tu.

Aishhh, tak nampak pon signboard tulis Porte de Douai, tapi gua nampak pakcik bus tengah rest sambil makan pisang kat satu station bus ni. Dengan senyuman yang sehabis manis, gua pon g tanya pakcik bus tu betul ke gua jalan direction ni nak g jalan nama Porte de Douai tu. Fak, gua salah arah. Berlari lari la gua pusing balik n jumpa la jalan Porte de Douai tu. So, next gua perlu jalan straight je sampai gua jumpa Boulevard Victor Hugo. Penuh semangat and kekentalan gua melangkah selaju yang mungkin. Nak berlari memang den dah tak larat. Tengok jam 1228. OMG,,,gua tak sempat ni for RDV yang sepatutnya 1230 tu. Kalau ikut google maps, 700m lagi gua kena jalan.

Tiba-tiba kakak covoiturage tu call gua n tanya mane gua, bile nak sampai. Gua ni memang style terus terang, gua cakap la gua tak tahu bowling tu kat mana. Tapi kakak tu baik, dia tanya gua kat mana time tu, dia nak datang ambil gua kat temapt gua berada time tu. Gua cakap gua tengah jalan kaki kat jalan Porte de Douai n gua stop depan farmasi bagi menyenangkan kakak tu cari gua. Tapi, dia tak tahu kat mana jalan Porte de Douai tu pulak. Aiyooo. Gua mintak dia tunggu gua kat Boulevard Victor Hugo je, sebab gua rasa gua semakin mendekati tempat tu dah. Okay, dia tunggu gua.

Akhirnya sampai jugak gua kat Boulevard tu. Gua call kakak tu suruh datang kat trafic light victor hugo. Dia tanya gua kat depan Carrefour ke sekarang, yup gua memang kat depan Carrefour. Dia suruh gua pusing belakang n jalan terus n then gua pon ternampak la sorang pompuan melambai lambai kat gua. Fuhhh, jumpe jugak ahirnya.

Ada passenger sorang lagi, laki. Dia duk belakang, gua duk depan. Banyak gile sticker style emo emo n rock dalam wolkswagen kakak tu. Kakak tu designer. Sekarang dia start buat design kat seluar pulak, dulu kat jacket je. Menarik kerja dia.

Passenger tu pulak, artist babe. Dia nyanyi n  buat show bile orang panggil. Selalu pergi nyanyi kat Paris dia cakap. Suara dia memang macam menarik pon. Dia pakai scarves tutup leher nak jaga suara sebab weather kat Lille hari tu agak sejuk n angin kuat.

Time gua pulak, malu nak cite.hehhe. Tapi gua mengaku je la status gua yang hanya sebagai seorang student je ni. Gua cakap gua dari Malaysia. Kakak tu pon cakap, dia memang dah lama sangat teringin nak pergi Malaysia. Nak g diving katanya. Dia cakap laut kat Malaysia lawa. Yeee, gua jemput la kakak tu datang Malaysia. Time ni la boleh promote country kan.Hehehe

Diorang berdua tu banyak sangat borak pasal music. Then pasal art. Seronok dengar diorang borak borak, nak menyampuk, gua tak reti bab bab tu..ahahaaa. Then, kakak tu tunjuk something yang macam mainan, memang toys pon actually, tapi benda alah tu dah dimodifiedkan oleh kawan dia. Kita boleh buat sound yang boleh adjust dia punye pitch semua, boleh buat bunyi binatang. Menarik sangat sebab benda alah tu asal asalnye mainan baby je. Dia tanya gua suka what kind of music, gua cakap gua suka rock. Gua suka tokio hotel, 30 minutes to Mars, oasis,mcr  then dye cerita sal satu kind of rock music. Gua tak ingat nama dia apa, tapi diorang main music cepat gila. Music blak metal yang around 5 minutes, diorang main dalam 30 secondes. OMG, jd music ke jadi noise je camtu?. Kakak tu cakap mula mula pon dia pikir camtu, tapi after dengar, baru dia rasa not bad la that kind of music.

Kakak tu guna high way yang lalu ikut Belgium n Luxembourg, before masuk balik France. Agak tak beradap la orang kat belgium ni drive. Nasib baik kakak tu mantap gile drive. Tengah borak borak gua terlelap tanpa sedar..ahhaha. Tido, bangun, tido balik, terjaga, sambung tido, bangun jap, lelap kejap. Gua repeat je cycle tu sampai akak tu berhanti and cakap dia pon dah nagntuk n nk g minum coffee jap.

Oowh lupa nak cite sal lunch. Kitaorang semua tak lunch sebab kitaorang kan gerak pulul 1230, mane sempat nak lunch setengah jam. French, diorang lunch memang on time. From 1200 to 1400. n diorang selalu lunch lama.  Time kitaorang kat highway Belgium, brader passenger tu cakap dia lapar n nak makan. So, kitaorg berhenti kat satu petrol station nak cari makanan. Brader tu nak belanja gua n kakak tu makan sandwich.  Dia dah siap pilih, baru dia teringat yang gua tak makan porc, so, dia suruh gua pilih sendiri. Gua cari sandwich tuna tapi takde, so gua cakap kat dia, gua makan biscuit je la.

Sampai Strasbourg, gua ambil train to colmar. Brader tu pon sama. Nak g Colmar jugak rupenye dia. So, alang alang dah kenal, kitorang balik sama sama la.

Seriously, i'm tired. But i learnt something, i saw something new. Mane tak tirednye, tengah hari sampai Lille, tengah hari next day nye tu terus balik Colmar. Naik train 5 jam, naik kete 6 jam. Apa yang gua learnt this time, gua tak patut cepat marah marah orang macam gua marah kakak tu. Dia tersilap hntar mesej kat gua tu, gua terus bagi sekali jenis vocab yang tak elok kat dia. Bila dah jumpa n kenal, baru gua rasa menyesal. Dia baik, cool and rock habis babe. Tapi gua punye hal tak settle lagi, esok 5 pagi kena amik train to Lille again. kalau sempat petang terus gua balik colmar kalau tak, pagi selasa gua balik colmar. Kalau gua balik pagi selasa, masa free petang isnin tu gua plan nak g usha stadium LOSC, stadium lame n stadium baru yang sedang dibina for euro 2016. Nak tengok gambar, usha Sokerleaks la. Tapi gua tak janji sempat tak usha LOSC. hehehee..




No comments: