my lollipops ! ! =)

Tuesday, July 19, 2011

hello malaysia!!

Hello worlds, ,,

I'M IN MALAYSIA RIGHT NOW. PRECISELY, IN KELANTAN.

safely arrived in KL at 0510 18th July. Safely reached Kelantan at 1435 18th July..=)


p/s: pukul 1230 baru bangun. Jetlag.

Friday, July 15, 2011

#makanwishlist

Else than my family and my friends, what I really really miss is Malaysian food. France is the country of gastronomy but I always prefer malaysian food.

What I wanna eat are, ( sort by the must be eaten first)

  1. Nasi lemak
  2. Nasi kerabu
  3. Nasi ayam
  4. Roti canai
  5. Mee goreng mamak with telur mata kerbau
  6. Nasi kukus Kak Wok in Kelantan
  7. Daging masak kicap
  8. Ayam masak merah
  9. Sate Wakaf Bharu, Kelantan
  10. Kuih akok
  11. Donut
  12. Pisang goreng
  13. Ikan masak tiga rasa
  14. Mee sup
  15. Ikan keli masak pedas
  16. Kerepok lekor terengganu
  17. Asam pedas
  18. Nasi beriani
  19. Char kuey teow
  20. KFC (last makan KFC dulu 6 hari before fly)
  21. popiah goreng 
  22. karipap
  23. Kuey teow goreng
  24. Nasi goreng kampung
  25. Yong tau fu
  26. Apam balik
  27. Nasi goreng USA
  28. Pizza Hut
  29. Secret recipe blueberry cheseecake
  30. Daging n ikan bakar with soy sauce yang pedas pedas sikit tu
  31. Tomyam
  32. apam balik
  33. Burger


Thursday, July 14, 2011

au revoir colmar

Have you heard about Colmar? A small beautiful town in east of France.Yup, Colmar, Alsace.

I have stayed for 9 months in Colmar. First time I arrived here, I was like WTH is this place? It's just a small town. When I walked around the town, I found that in this town , there are no Galerie Lafayette, no Etam, no Jennyfer, no Zara, no Bershka, no levis store, no adidas store, no nike store, not Foot Locker, omg, where can I do some shopping??..Hahaa..That was what I thought when I arrived here. With a not-really-comfortable studio I have, and staying quiet far from school, I seriously thought that I'm not going to be happy living in this town.

But people says, ''tak kenal maka tak cinta''. After 9 months, now i'm gonna leave this town and i'm really sad to leave it. Yup, Colmar is just a small town, but it's very beautiful, and I have a lot of happy and enjoyable memory here. I met new people, I made new friends here, I learnt something new, I got new experiences, I saw many new things, I tried something new here.

Today is the last day I'm in Colmar. Tomorrow morning i'll go to Paris and then going back to Malaysia on 17th July. Then, when I come back to France on 2nd September, i'll directly go to Lille, my new place where i'm going to pass my 2 years time.

InsyaAllah, one day, i'll come again here, to Colmar for a visit. That time, I would not come here as a student, but as a tourist and I want to enjoy every single beautiful view in Colmar..=P

If you come to France, please try to visit Colmar. Maybe not everyone will like Colmar just like I like it, but I think, you will not regret seeing the beautiful and unique Colmar style. If you are a shopaholic, you can go shopping as many as you want in Paris, and then come to Colmar to enjoy seeing something beautiful. Hey, I want to tell you something, I dont like Paris. I dont like Paris's smell..

If you come to Colmar in December, there is a christmas market here every year. The christmas market or known as Marché Noel, is really typical Alsace. You can find marché noel in Colmar and Strasbourg. These two marché noel are the real one, marché noel in other place, in other town , are clon okkay..ahaa..But, it's really cold here in Colmar during winter. If you come during summer, omg, there are always so many tourist here. But, in summer, it's fucking hot here. I'll never come here again in summer.

 Gare de Colmar



Centre Ville










Maison des Têtes




Champ de Mars & Place Rapp




Petite Venise









Musée Unterlinden




Théâtre de Colmar


Musée Bartholdi


Cathédrale de Colmar



Au revoir Colmar!!


La Fête Nationale

Today is France National Day.


France National day was celebrated for the first time on 14th July 1880. Actually, the date 14th July [quatorze juillet in french] is the Bastille Day. La Fête Nationale,which is celebrated every year in France, is the anniversary of the French Revolution which started on 14th july 1789. On 14th July 1880, 'La Marseillaise' was announced as France National Anthem.













p/s : Esok pergi Paris.... Yeahhh. But actually i dont like Paris. .=P


Wednesday, July 13, 2011

mes amis

Assalamualaikum.

It has been more than one year since i came to France, one year away from my family, one year away from my friends...=(
But i still have wonderful, awesome friends here. My papa selalu pesan, anggap kawan macam family, sayang kawan macam sayang diri sendiri.  Papa memang selalu pesan camtu. Sejak gua masuk Utp dulu, n sejak gua duk kat France ni, makin kerap pulak dia pesan camtu.

Time dapat offer to study kat France dulu, memang gua menagis nangis tak tahu nak decide samada nak accept or reject the offer. Time JPA call cakap gua sorang je student perempuan dalam program tu, memang gua cakap kat papa gua, takyah mimpi la nak tengok gua fly g France, memang gua takkan terbukak hati pon nak accept offer tu. Then, lepas orang JPA call balik n cakap dia silap inform tadi. Gua sorang student perempuan malay, ada lagi girls chinese, and lepas gua dengar dengar classmate gua, Amy Sia pon dapat,hati gua ni macam dah terbukak la 2.7 percent untuk accept offer tu.  Tapi gua still tak nak fly g France lagi time tu.

 Apa yang gua fikir time tu, gua tak nak tinggalkan kawan-kawan kat UTP. Seriously, gua sayang gile kat diaorang. But my friends cakap pergi la study kat France, dah dapat offer accept je la. Gua dengan tanpa ada perasaan pon cakap la kat papa gua yang gua accept that offer.

Time naik bus from Tronoh to KL, gua memang menangis teruk dalam bus. 3 bulan je gua kat UTP, tapi gua punye sayang kat kawan-kawan Utp n Utp macam gua dah stay kat sana 3 tahun. Papa gua pesan, gua tinggalkan kawan kat malaysia bukannye means dah putus kawan. Facebook kan ada..ahaa..Makin jauh, makin rindu, makin sayang tau..haha..Pandai-pandai je buat theory sendiri. Tapi lepas setahun buat experiment, gua rasa theory tu betul. Tiap kali gua ada problem, n buat status bermasalh kat fb ke kt twitter ke gtalk ke skype ke, mesti ada kawan-kawan gua cepat-cepat tanya gua ok ke tak, mesej kt fb la, gtalk la skype la, pingchat la. Memang diaorang buat gua rasa disayangi la.

Sekarang, dah lebih setahun gua kat France, boleh je lagi gua hidup kat muka bumi France ni walaupon dulu gua menjejakkan kaki dengan penuh ketidakikhlasan ke bumi Napoleon nih ..Hahhaa..Budak-budak batch gua kat sini 28 orang semuanya. 23 budak JPA, 3 Petronas n 2 Telekom. Alhamdulillah, setahun kat sini, bahagia je gua walaupon banyak kali gua menangis nak balik Malaysia study kat Utp..=P 














Ada nampak gua sedih, tak kan. Memang la tak nampak sebab gua memang ambik gambar time gua happy je..=P

This year banyak la gambar yang kitaorang boleh ambik sama-sama. After summer ni, semua dah berpecah, berpisah semua. Memang kecik sangat la probability nak ambik gambar ramai-ramai camni lagi.

 Next year, after one year study kat Lille, lu orang semua jangan terkejut kalau gua buat entry penuh dengan gambar gua n Eden Hazard pulak...HAHAAA..=P
**sapa tak kenal eden hazard baik cepat-cepat google..n_n)v

Sunday, July 10, 2011

Lille ---> Colmar

Assalamualaikum,

Friday, 8th July, 0613, gua amik train nak g Lille. Nak g visit apartment yang bakal gua sewa. Nak g discuss la apa yang patut dengan tuan rumah. Gua sampai sampai Lille, turun train, gua dah terbau dah ke-enjoy-an n ke-best-an life kat Lille ni. Memang straight fall in love with Lille la. Tapi cite sal Lille, lain masa gua tulis. Entry ni gua nak cite sal perjalanan balik gua from Lille to Colmar.

From Lille to Strasbourg, i didnt took train. I used a service called Covoiturage. Cheaper than train, only 36€. From Strasbourg to Colmar, gua naik train.Gua mesej kakak covoiturage tu tengah malam buta. Dah pukul 12 lebih kot time tu. Tapi dia reply mesej gua and she asked me to meet her depan bowling, kat Boulevard Victor Hugo at 12pm. Gua okay je walaupon gua tak tahu pun bowling Boulevard Victor Hugo tu kat mana. Google Maps kan ada. Hehehe.

Gua bangun pagi tu, mandi, breakfast, took bus to the metro station, took the metro ligne 1 sampai Gare Lille Flandres station, lepas tu tukar metro ligne 2 menuju je Porte de Douai station. Dua station before sampai Porte de Douai, gua dapat satu mesej. ''Desolée. Le voyage est annulé'', from kakak covoiturage. Gua pon apa lagi. WTF la makcik ni cancel time camni. Gua dah nak sampai ni. Gua bukan main bajet gerak awal sebab gua tak kenal tempat bowling tu. Tengok-tengok dia suka-suka hati je cancel. Time tu pukul 1125am.
Dengan ketensyenan nye, gua tukar metro ligne 1 balik kat Porte de Poste station. Gua time tu memang tak tahu nak g mane. Nak pergi railway station ke nak balik rumah senior gua yang tumpangkan gua tidur. Memang takde tujuan. Otw tu, pikir punye pikir, gua rasa baik gua pergi railway station je. So gua stop kat Gare Lille Flandres. Pastu baru gua terperasan yang gua patut pergi railway station yang satu lagi, Gare Lille Europe. Aisshh, naik metro balik, pergi Gare Lille Europe.

Gua dengan kemarahan yang tak habis lagi ni, naik escalator nak cari ticket counter, terperasan pulak ada voice message from kakak covoiturage. Cuba korang teka apa dia bagitahu gua?..Dia cakap, sorry, dia silap hantar mesej tadi.. Sekali lagi gua pon, WTF. Gua dah letih ulang alik ulang alik ni. Gua mesej dia tanya betul betul. Gua memang dah confuse tahap cipan la ni. Dia called gua n cakap jadi pergi Strasbourg, jumpa kat Bowling, pukul 1230pm. Shit, dah pukul 1150 kot time tu. Gua bukan tahu bowling tu kat mane, mesti lama nak cari. Apa lagi, berlari-lari la gua naik metro pergi Porte de Douai balik. Kalau ikut google maps, gua perlu pergi straight je, sampai satu masa nanti, gua akan jumpe Bowling tu, 900 m dari metro Porte de Douai, 18 minit jalan kaki. Tapi gua rasa tak sedap hati je. Gua pergi tengok plan kat traffic light. Kalo ikut plan tu, lagi simple and senang kalau gua lalu jalan Porte de Douai. Straight jugak. Google maps gua tak berfunction pulak time tu, 3G takde. Memang macam shit gile. Gua berlagak cool, jalan terus je mencari jalan name Porte de Douai tu.

Aishhh, tak nampak pon signboard tulis Porte de Douai, tapi gua nampak pakcik bus tengah rest sambil makan pisang kat satu station bus ni. Dengan senyuman yang sehabis manis, gua pon g tanya pakcik bus tu betul ke gua jalan direction ni nak g jalan nama Porte de Douai tu. Fak, gua salah arah. Berlari lari la gua pusing balik n jumpa la jalan Porte de Douai tu. So, next gua perlu jalan straight je sampai gua jumpa Boulevard Victor Hugo. Penuh semangat and kekentalan gua melangkah selaju yang mungkin. Nak berlari memang den dah tak larat. Tengok jam 1228. OMG,,,gua tak sempat ni for RDV yang sepatutnya 1230 tu. Kalau ikut google maps, 700m lagi gua kena jalan.

Tiba-tiba kakak covoiturage tu call gua n tanya mane gua, bile nak sampai. Gua ni memang style terus terang, gua cakap la gua tak tahu bowling tu kat mana. Tapi kakak tu baik, dia tanya gua kat mana time tu, dia nak datang ambil gua kat temapt gua berada time tu. Gua cakap gua tengah jalan kaki kat jalan Porte de Douai n gua stop depan farmasi bagi menyenangkan kakak tu cari gua. Tapi, dia tak tahu kat mana jalan Porte de Douai tu pulak. Aiyooo. Gua mintak dia tunggu gua kat Boulevard Victor Hugo je, sebab gua rasa gua semakin mendekati tempat tu dah. Okay, dia tunggu gua.

Akhirnya sampai jugak gua kat Boulevard tu. Gua call kakak tu suruh datang kat trafic light victor hugo. Dia tanya gua kat depan Carrefour ke sekarang, yup gua memang kat depan Carrefour. Dia suruh gua pusing belakang n jalan terus n then gua pon ternampak la sorang pompuan melambai lambai kat gua. Fuhhh, jumpe jugak ahirnya.

Ada passenger sorang lagi, laki. Dia duk belakang, gua duk depan. Banyak gile sticker style emo emo n rock dalam wolkswagen kakak tu. Kakak tu designer. Sekarang dia start buat design kat seluar pulak, dulu kat jacket je. Menarik kerja dia.

Passenger tu pulak, artist babe. Dia nyanyi n  buat show bile orang panggil. Selalu pergi nyanyi kat Paris dia cakap. Suara dia memang macam menarik pon. Dia pakai scarves tutup leher nak jaga suara sebab weather kat Lille hari tu agak sejuk n angin kuat.

Time gua pulak, malu nak cite.hehhe. Tapi gua mengaku je la status gua yang hanya sebagai seorang student je ni. Gua cakap gua dari Malaysia. Kakak tu pon cakap, dia memang dah lama sangat teringin nak pergi Malaysia. Nak g diving katanya. Dia cakap laut kat Malaysia lawa. Yeee, gua jemput la kakak tu datang Malaysia. Time ni la boleh promote country kan.Hehehe

Diorang berdua tu banyak sangat borak pasal music. Then pasal art. Seronok dengar diorang borak borak, nak menyampuk, gua tak reti bab bab tu..ahahaaa. Then, kakak tu tunjuk something yang macam mainan, memang toys pon actually, tapi benda alah tu dah dimodifiedkan oleh kawan dia. Kita boleh buat sound yang boleh adjust dia punye pitch semua, boleh buat bunyi binatang. Menarik sangat sebab benda alah tu asal asalnye mainan baby je. Dia tanya gua suka what kind of music, gua cakap gua suka rock. Gua suka tokio hotel, 30 minutes to Mars, oasis,mcr  then dye cerita sal satu kind of rock music. Gua tak ingat nama dia apa, tapi diorang main music cepat gila. Music blak metal yang around 5 minutes, diorang main dalam 30 secondes. OMG, jd music ke jadi noise je camtu?. Kakak tu cakap mula mula pon dia pikir camtu, tapi after dengar, baru dia rasa not bad la that kind of music.

Kakak tu guna high way yang lalu ikut Belgium n Luxembourg, before masuk balik France. Agak tak beradap la orang kat belgium ni drive. Nasib baik kakak tu mantap gile drive. Tengah borak borak gua terlelap tanpa sedar..ahhaha. Tido, bangun, tido balik, terjaga, sambung tido, bangun jap, lelap kejap. Gua repeat je cycle tu sampai akak tu berhanti and cakap dia pon dah nagntuk n nk g minum coffee jap.

Oowh lupa nak cite sal lunch. Kitaorang semua tak lunch sebab kitaorang kan gerak pulul 1230, mane sempat nak lunch setengah jam. French, diorang lunch memang on time. From 1200 to 1400. n diorang selalu lunch lama.  Time kitaorang kat highway Belgium, brader passenger tu cakap dia lapar n nak makan. So, kitaorg berhenti kat satu petrol station nak cari makanan. Brader tu nak belanja gua n kakak tu makan sandwich.  Dia dah siap pilih, baru dia teringat yang gua tak makan porc, so, dia suruh gua pilih sendiri. Gua cari sandwich tuna tapi takde, so gua cakap kat dia, gua makan biscuit je la.

Sampai Strasbourg, gua ambil train to colmar. Brader tu pon sama. Nak g Colmar jugak rupenye dia. So, alang alang dah kenal, kitorang balik sama sama la.

Seriously, i'm tired. But i learnt something, i saw something new. Mane tak tirednye, tengah hari sampai Lille, tengah hari next day nye tu terus balik Colmar. Naik train 5 jam, naik kete 6 jam. Apa yang gua learnt this time, gua tak patut cepat marah marah orang macam gua marah kakak tu. Dia tersilap hntar mesej kat gua tu, gua terus bagi sekali jenis vocab yang tak elok kat dia. Bila dah jumpa n kenal, baru gua rasa menyesal. Dia baik, cool and rock habis babe. Tapi gua punye hal tak settle lagi, esok 5 pagi kena amik train to Lille again. kalau sempat petang terus gua balik colmar kalau tak, pagi selasa gua balik colmar. Kalau gua balik pagi selasa, masa free petang isnin tu gua plan nak g usha stadium LOSC, stadium lame n stadium baru yang sedang dibina for euro 2016. Nak tengok gambar, usha Sokerleaks la. Tapi gua tak janji sempat tak usha LOSC. hehehee..




Thursday, July 7, 2011

salam

OMG, dah sebulan gua tak update blog..giler punye busy..ahhaaha
Today, 7 July, last class gua kat IUT de Colmar. Class math dengan cikgu hensem..ahaa..belajar 2 jam, lepas tu dia ajak main bola. Apa lagi, kawan-kawan gua ON je nak main bola. Time main ni la, boleh praktikkan math probability yang kitorang belajar..ahaha..Tapi entry ni, gua bukan nak cerita pasal cikgu gua, bukan pasal kawan gua, bukan pasal math, dan bukan juga pasal bola. Tapi gua nak tulis pasal SALAM.


Tadi gua pergi pejabat pos, time tunggu bas nak balik , ada la 2 orang laki and 1 perempuan datang kat bus stop tu. Laki tu, nak kata mabuk, takde la mabuk sangat. Half mabuk la lebih kurang nak senang cerita. Botol arak dia masih lagi separuh berisi. Sorang laki tu, nampak gua tengah usha jadual bus, dia pon bagi salam kat gua, 'Assalamualaikum'. Memang sah la dia bagi salam kat gua sebab kami berempat je ada kat situ, gua sorang je muslim. Brader tu tengok gua, siap angkat tangan lagi. So, memang sah salam itu ditujukan kepada gua.
Tapi tak tahu la pulak kalau kot kot brader tu cakap 'assamualaikum' which means may death be upon you ,tapi gua dengar 'assalamualaikum'peace be upon you. Tapi gua rasa dia cakap assalamualaikum.hehee

Selepas memberikan seukir senyuman dan menjawab salam brader tu, gua terpikir, mamat French ni, mabuk-mabuk pon reti bagi salam kat gua.Nak nak pulak dia bukan muslim pon. Gua yang sentiasa waras ni, yang tak pernah pon mabuk, tak selalu pon bagi salam kat orang Islam yang gua jumpa. Kat kawan-kawan gua pon bukan selalu gua bagi salam. So, terinsaf la gua sebentar tadi. Bukan susah sangat pun nak bagi salam kan?

Gua pasang niat and azam baru sekarang. Gua nak selalu bagi salam dah lepas ni.

Okay, ASSALAMUALAIKUM..Gua nak sambung settlekan hal pindah-randah gua..=)