my lollipops ! ! =)

Monday, April 23, 2012

Amsterdam rocks!

Assalamulaikum.

wassup wassup. Selepas 6 bulan, akhirnya gua kembali ke alam blog ni. Busy kalah president berkempen gua ni. Bukan nye gua takde cuti before before ni.Ada je tapi ada je hal nak buat sampai nak bukak blog memang tak sempat. For this holiday, i'll visit budapest and vienna. But but in this entry, gua nak share about my visit to Amsterdam last october.

Amsterdam awesome giler kot. Sumpah gua suka tempat tu. Gua pon tak tahu apa yang best kat sana tapi gua rasa life kat sana macam cool la. Nak je rasa kerja kat sana nanti. Orang pon baik baik. Tapi apa yang paling menarik perhatian gua are the bicycles there. Banyak gila basikal. Kalau kat tempat kita, kereta la kan mcm yang paling power kan, kereta motor la kan yang selalu nye laju laju. But kat sana, gua rasa basikal lagi laju kalau kat area town. Lu nampak kereta, kalau kat zebra crossing, lu lintas je la.Apa ada hal, mmg tempat tu hak lu nak lintas. Tapi kalau ada basikal, jangan lintas. Mahunya kena langgar nanti. Basikal laju gila kot, dah la takde brek. Entah berapa kali gua kena sound loceng dengan basikal. Nak lintas je dengar 'kringg kringg' loceng basikal.

Lu orang tengok! Bersepah basikal

First day kat sana, gua visited Madame Tussauds museum.

Gagagagagaaa
boleh pulak terjumpa ex pakwe kat sini
Ronaldinho derr ronaldinho

terima kasih la abang labah-labah tolong gua
Gua ada pergi menghabiskan masa kat The Amsterdam Dungeon. Mula-mula nak masuk gua takut gila babeng kot. Time kat pintu masuk pon dah ada hantu nak terkam gua. Tapi bila masuk, dengar segala jenis cerita hantu belanda, gua keluar rilek jaaa. Hantu Malaysia jugak yang power. Cerita hantu Malaysia 1450928 kali ganda lagi seram. Power betul hantu malaysia. Hidup malaysia!! 


Pergi Amsterdam tak pergi Ajax Arena rugi oi rugi. Stadium dia gempak kot. Compare dengan 2 3 bijik stadium yang gua visited, Ajax Stadium paling mantap setakat ni. ( fyi gua tak pernah sampai spain lagi la tapi)



Peduli apa gua stadium club mana gua visit, kalau gua rasa nak pakai baju rimau, baju rimau la gua pakai. Banyak gua nak cite pasal stadium ni. Lain entry la gua write about this stadium.

I amsterdam

Pastu ada la gua pergi countryside. Nak tengok windmill je niat gua pergi sana.


Mahu kenyang makan fish and chips fresh tepi tasik

Malam-malam gua pergi tengok bola je sambil minum minum. Dah kebetulan ada game best. Gua tak tahu nak buat apa malam malam. Clubbing? Astaghfirullah, tentulah tidak. Oh lupa, ada kedai makan malaysia doe kat sana. Sumpah bahagia gua dapat makan nasi lemak. 2 cawan teh tarik gua minum malam tu. Lama doe tak jumpa teh tarik. Heaven gile rasa.

Malam-malam gua merayau area town je la. Usha usha lollipop cannabis sikit, marijuana candy. Usha je la tapi kat kedai kedai yang bersepah kat situ. Gua pergi compare sikit perbezaan red light district di siang hari dan di malam hari. Oppssss. Pull stop! Tak nak cerita dah. Red light district dah sama level seram dengan hantu kat malaysia. 


Friday, October 28, 2011

rayau rayau toussaint holiday #2

Second day cuti gua pergi shopping hari ni.. Hoyeah hoyeah. Walaupon berjiwa otromen , tapi sebagai seorang perempuan mesti la gua suka shopping..

Kat tempat gua ada factory outlet, lepas tu tempat factory outlet tu ada sale pulak sekarang. Lagi la bernafsu  nak bershopping. Actually tempat tu bukan kat lille, tapi kat bandar sebelah lille. Roubaix nama tempat tu. Naik metro 40 minit dah boleh sampai kot.Tapi takde la banyak sangat brand yang best ada kat situ. Ada guess, desigual, adidas, lancaster, kipling, mustang jeans, Lee copper, lacoste and apa entah lagi. Tapi tak banyak yang best la. Kalau nak cari gucci ke, LV ke jangan harap la kan..hahha..Kalau gua pergi sana pon, tempat yang gua akan terjah adalah guess, lancaster, kipling, adidas and mustang  kadang kadang. Yang lain bukan taste gua.



2 hari cuti gua sentuh buku kejap je. Sejam lebih je study dalam tempoh 48 jam. Memang mood cuti habis laaa. Pesen tak sedar yang diri tu student lagi. Hahahaa..

Esok, gua nak study je, tak nak keluar merayau kemana mana. Lusa gua gerak pergi Amsterdam. Yeah yeah,,tu baru holiday yang betul kan. Holiday setakat duk lepak France je tak rock kan?..
Gua akan spend 3 hari 3 malam kat Amsterdam, then 1 hari 0 malam kat Brussels, Belgium. Harap harap boleh jumpe jodoh la kat Amsterdam..wakakakaka.*pesen gedik, sorry la*

Balik France nanti, the next day tu terus start class. Pastu esok nye the next day, terus masuk dewan exam; Cuak gua cuak. Nak tak nak kena asah pedang jugak la kat Amsterdam kalau tak nak gugur di medan exam nanti. Tak mampu jugak la gua nak enjoy sakan sampai lupa hakikat diri ini masih student..=P



Alhamdulillah, gua masih tak lupa daratan..hahhaa


Thursday, October 27, 2011

rayau rayau toussaint holiday #1

Hari ni is the first day of toussaint holiday. Kalau kawan-kawan gua tanya, "otromen, lu cuti apa sekarang?", gua mesti reply, " Toussaint, orang putih panggil All saint's day kalau gua tak silap.". Pastu kalau diorang tanya lagi, " Cuti apakah itu?". Gua selalu jawab, " Entah, cuti raya diorang pergi melawat kubur rasanya."

Serious ceteknye ilmu gua. Bangang kan? Last year cikgu French gua ada explained pasal ni tapi gua dah lupa. =P

Sempena cuti ni, selaku pencinta dessert seperti yang gua war war dalam entry before ni [here], activity first yang gua buat hari ni ialah pergi mencari cinta gua..


TARRAAA..


a chocolate cake and a fairy cake.



a cafe cake.



a carrot cake.

Tapi sekuat mana pon cinta gua kat cakes, takde la semua tu gua makan sekaligus..Gua order chocolate cake, a fairy cake, and a mug of hot chocolate je. Gila apa nak makan semua tu, letih gua nak kena jogging 14 kilometer pagi esok nak bakar balik kalori kalori yang banyak tu.






But before tea, i went to watch a movie. Ryan Gosling's third movie for this year okay..OMG, seriously i adore him..Ryan Gosling, i adore you!!!Ryan Gosling punye movie this year takde yang gua terlepas. Crazy stupid love, Drive and The Ides of March.

Good job tasya, good job. Habis tu every week wajib pergi cinema, memang la good job kan.

Habis tengok movie yang best but cukup berat di siang hari, gua pergi merayau di sekitar sekejap.





Tempat ni nama dia Grand Place. I don't know why, but i really love this place. Maybe because there are always many people lepak lepak here. Seronok tengok orang ramai ramai ni. Macam macam ragam boleh tengok.



Tapi malam malam tak ramai orang la pulak..Tapi gua still suke tempat ni. Tempat feveret gua.
Tempat feveret tempat feveret.



Buat bodoh kat Grand Place dengan owl gua, memang satu aktiviti mengisi masa cuti yang sangat berfaedah.

Tapi ada satu lagi benda berfaedah gua buat hari ni..Gua beli benda alah ini...

Buku masakan for beginners.
Gua rasa gua dah dewasa sekarang dan gua perlu start serius dalam hal hal masak memasak ni. Tak lama lagi terer la gua masak. Sweet kan gua, bakal terer masak??Sweet kan sweet kan??






Italian chez Edward

Gua tak pernah lagi sampai Italy..Nak sangat sangat pergi Italy. Tengoklah ada rezeki bulan 12 ke bulan 2 tahun depan , sampai la gua kat Italy nanti. Kalau time tengah masyuk banyak duit, boleh la shopping sakan kat Milan, kalau time tengah kering lepas bayar sewa rumah, bil letrik, bil air, bil tv, bil internet, bil tepon, dapat makan pizza yang betul betul italy kat italy je pon gua dah bersyukur...weeee

Semalam dinner kat restaurant Italy. Konon nak Italian sikit gua pon order la pizza.. First time pergi restaurant nama 'Chez Edward' ni, so tak tahu la apa yang best kan. Gua nampak nama satu pizza ni macam best, 'pizza copra', tengok list bahan bahan yang dia letak macam okay, semua benda boleh makan tapi ada satu benda alah ni, gua tak tahu apakah ia. 'Coppa'...Tak biasa italian kan, confirm la gua tak tahu coppa tu apa. Gua pon tanya la senior gua, coppa tu apa. Dia cakap coppa tu cheese. Okay on, semua benda dalam pizza tu boleh makan, halal semua..yeah yeah.. waiter datang gua dengan yakin nye order, " Pizza copra satu!!!"

Pastu senior gua tu tergerak hati nak tanya waiter tu 'coppa' tu apa. Sekali waiter tu cakap, coppa tu porc, terus gua cancel. Nasib baik tanya, kalau tak nanti gua dapat pizza ada daging daging pink gitu.



Last last, pizza ada telur jugak gua ambik.



Dalam banyak part makan, part nak order dessert gua paling excited, part dessert sampai gua paling bahagia, part makan dessert paling part paling laju gua makan. 

Makan main plate confirm tak habis, tapi kalau dessert, dua tiga boleh gua habiskan.

Kadang kadang gua terpikir nak order dessert je bila pergi restaurant.. Tak pon gua nak order dessert dulu before main plate. Pastu kalau lapar lagi baru order entree. 
Hahahhaa..pesen terbalik habis, takde nilai gastronomy langsung.


Opss, curi ambik gambar dessert orang lain.



Actually, kitaorang rakyat malaysia di Lille ni keluar makan ramai-ramai nak celebrate orang lain, tapi gua pulak terambik honour duk tengah tengah. ..hahahaa..Pesen tak sedar diri..=P